Kembali Pulang Ke Kota London

Assalamualaikum, Allahuakbar dah lama meninggalkan belog yang tak seberapa tercinta ni. Ehek *it sounds like gedik* Maaf tittle kita semenggah semacam biasalah adakala saja nak cari publisiti murahan. Alhamdulillah setelah hampir dua bulan memanjakan diri dirumah kini aku telah diseru untuk kembali pulang ke lendu alor gajah a.k.a kota london untuk memasuki semester yang ketiga. Masa tengah cuti hati punyalah beria-ria nak balik melaka sebab terlampau bosan dek kerana menganggur. Kini bila dah disuruh pulang oleh pihak UiTM hati kata jangan pulang.

Semenjak hari rabu lagi ai sudah mula mempacking *rojak style* tapi sampai ke saat ini masih belum selesai packing. Terserlah sangat yang ai malas nak balik kota london tu. Bukan apa sebab cemburu tengok department lain course lain subject mereka less then 10 tapi department kita subject sampai sepuluh. baca balik. SEPULUH okay bukan enam bukan tujuh mahupun sembilan. Alahai, projek bakal bergolek didepan mata, kuiz bakal berlari-lari mengejar dan presentation bakal menari-nari dihadapan mata *maaf jika ayat ai terlalu dramatik* dan bermulalah tidur yang tidak akan pernah cukup dan mulalah juga aktiviti tidak tidur berhari-hari.

bila dah hampir siap packing baru ai sedar punyalah banyak barang yang ingin dibawa ke Kota London. Omo! bukan dua tapi hampir tujuh beg. Terasa macam nak pindah terus duduk melaka pun ada bila tengok punyalah banyak beg yang dibawa. Ayoyo! Okaylah nak sambung balik packing barang. esok pukul lapan flight ke lendu a.k.a kota london akan bertolak. InsyaAllah semoga semester baru ini dapat memengan tittle Dekan. InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan. Amin