Bila dipaba pada entry pasti tertanya apakah yang lame sangat ni. Ehem, mana tak lame benda ni orang lain semua dah tahu guna lama yang ai ni baru nak terhegeh-heget terjongket-jongket mencuba untuk menggunakannya uolls. ini semua terjadi kerana atas faktor rumah hanya ada modem dan modem akan mula lembat selepas tiga hari pembayaran. Kenapa baru tiga hari dah mula lembab? modem lembab sebab ai ada adik lelaki yang suka sangat tengok video dekat youtube sampai youtube tu dah tak boleh nak loading. Get it? Lepas tu suka sangat download game yang entah apa-apa padahal game yang ada dalam computer tu pun tak termain habis. Typical guy.
Ingin dijadikan cerita dengan gagahnya ai mendownload lah juga satu application bagi memanjakan diri takkala assignment yang bakal menghantui tidak lama lagi. Wut wut! Apakah application tersebut? ia diberi nama sebagai Paint Tool Sai. Okay, ai sungguh nob okay pasal benda ni semua semenjak cuti semester. Mana taknya kalau di kolej a.k.a asrama kotak wifi tu bawah bilik je jadi anytime boleh buat muka comel sambil tersengih hidupkan laptop dan melayari dunia siber tanpa batasan tapi bila dah balik rumah segalanya terbatas.
Jadi, semalam sebaik sahaj application itu selamat di-instalkan kedalam laptop tercinta dengan cepat dan pantas ai terus cari tutorial macam mana nak gunakan application Paint Tool Sai ni. Actually, start terasa dan digoda untuk menggunakan application ni takkala ai sedang meng-stalk mukabuku salah seorang junior disekolah dulu. Muahahaha, jahat bukan. Lepas tengok dia buat doodle yang tomey tomey hati ini terpanggil untuk melakukan hal yang sama maka tanpa segan silu ai terus melakukannya. Muahaha, first try kejup je buat tak sampai tiga jam. lepastu second try tak sampai lima jam and yang paling latest mengambil masa tak sampai sejam setengah. Haha, nampak tak peningkatan yang ketara disitu. hehe Moh le kita tengok apa yang ai buat actually
the first one, comel bukan? haha, suka sangat sebab dia sangat simple mimple. uhuk :')
yang ini the second, ni acah-acah comel padahal tak comel.
Dan ini adalah yang paling latest, muahaha. ini sangat comel sebab dah pandai overlay.
Nak dijadikan cerita punyalah puas ai mencari tutorial macam mana nak buat overlay last-last cari jalan sendiri dan ini yang ai dapat. eheh, but alhamdulillah menjadilah juga. Kepada yang minat nak lukis doodle tu try lah. seriously ai tak tipu sangat seronok okay buat denda ni even kekadang korang akan mula rasa mata pedih sebab lama sangat menghadap skrin.