Setelah sekian lama tidak ber blogging mogging maka akhirnya ku putuskan untuk kembali berblogging. Wehoo! mohon sediakan party enam hari lima malam. Okay jujur tak lawak aiman. Well, seperti yang anda dan anda ketahuai dan sedia maklum belog ini masih belog yang sama cuma segala entry dahulu kala telah di delete atau didalam erti kata lain dihapuskan dari alam siber ini. Mana taknya kena delete, setiap benda yang di-post ketika dahulu kala itu baru ku perasan mengarut. Alahai, maklumlah belog ini dah wujud dari zaman ku mula berjinak dengan
Ehem! Maaf jika anda rasa belohg saya sungguh skema tapi ini adalah saya. For sure memartabatkan bahasa melayu adalah hobiku. Mesti ada yang tertanya kenapa wujudnya belog ini kembali *pegang kuali bersalut emas* awak yang comel lagi manis inikan belog saya maka saya boleh datang dan pergi bergitu sahaja. Jadi janganlah sesekali awak persoalkan kenapa dan mengapa. Ini sekadar mukadimah pembukaan dan perasmian semula belog ini so entry ni ai akui ia sangat membosankan jadi mohon jangan buat muka toya minta tempoyak lima besen *hulur durian satu bakul*
Method pembukaan kembali belog ini actually ai terpanggil untuk menulis something yang manfaat and at the same time ai sedang menulis sebuah novel nak dikatakan aku ni part time writer lah dan insyaAllah jika ada rezeki untuk menyiapkan novel tu hujung tahun ni ai ingat nak post sikit demi sedikit jalan ceritanya disini. Kalau awak rasa ayat di belog saya dah cukup skema sememangnya awak salah sebab novel yang saya tulis tu lagi skema yang amat. Like seriously tapi tak adalah ayat dalam novel tu sastera sangat takut nanti tak ada yang faham.
Untung pengetahuan bukan selalu akan ai post entry yang baru dan menarik sebab cuti semester ai pun dah nak habis dan tak lama lagi ai dah kena masuk belajar balik. Dekat lendu for sure ai cakap dekat uolls sana susah nak dapat line internet, wifi pun kekadang sangat kedengkian yang tahapnya tidak terkira. Dan selepas ai sendiri tengok subject yang bakal ai ambik untuk semester tiga ai rasa nak update belog dua minggu sekali pun agak kesemputan. Jadi harap maklum.
Dan ai rasa mungkin takat ni je aku nak menulis sebab ai sendiri tahu bertapa bosannya baca ayat panjang-panjang.
tak ada motip pun upload gambaq ni